Pemborong Bundle Pilihan Utama Malaysia

501 Millenium Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengimport pakaian terpakai atau lebih dikenali di Malaysia sebagai pakaian bundle. Syarikat ini bertindak sebagai pemborong kepada peniaga-peniaga bundle di Malaysia.

Semua produk syarikat ini diimport dari USA kerana kualiti pakaian bundle dari negara tersebut jauh lebih baik daripada negara-negara lain seperti Jepun. Pengerusi syarikat, En. Mohamad Bin Ali telah melawat dan berjumpa dengan banyak syarikat pemborong pakaian bundle di USA sekitar tahun 2000 dan 2001. Pencarian produk yang sesuai dengan kehendak pasaran Malaysia amat penting supaya ia bersesuaian dengan cita rasa rakyat Malaysia dan lebih penting lagi, ukuran pakaian yang bersesuaian.

Setelah meneliti semua syarikat pemborong di USA, hanya beberapa syarikat yang menjadi pilihan En. Mohamad Bin Ali sebagai pembekal dan seterusnya pembelian berkala telah dibuat sehingga ke hari ini.

Antara produk yang kami adalah seluar jeans, baju t-shirts, baju kemeja, baju polo t-shirts dan juga pakaian kanak-kanak. Senarai penuh produk kami boleh lihat di laman Our Products